Mengapakah perniagaan anda memerlukan pembiayaan invois sekarang!
Syarikat Bumiputera di Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dalam mendapatkan dana pembiayaan, termasuk kekurangan rekod kewangan yang teratur, keperluan kredit dan cagaran yang sukar dipenuhi, dan kekurangan pengalaman dalam pengurusan perniagaan. Selain itu, banyak syarikat ini beroperasi dalam sektor yang dianggap berisiko tinggi dan mempunyai akses terhad kepada jaringan pelaburan. Ramai diantara mereka yang sedang menghadapi cabaran menguruskan aliran tunai akibat pembayaran lambat dan peningkatan kos ketika ini. Dengan suntikan dana pembiayaan daripada inisiatif i-WCPF, anda kini boleh mempercepatkan pemulihan perniagaan anda dan melindungi perniagaan daripada kemelesetan ekonomi.
Inilah sebabnya mengapa perniagaan anda memerlukan Pembiayaan patuh Shariah melalui Inisiatif i-WCPF lebih-lebih lagi pada waktu ini:
1. Dapatkan pembiayaan tanpa dokumen kredit yang rumit
Tidak seperti jenis pembiayaan yang lain, penilaian kredit melalui Inisiatif i-WCPF untuk mendapatkan penyelesaian pembiayaan adalah berdasarkan kemampuan pembayaran pembeli anda dan bukan hanya mengikut kedudukan kredit anda. Ini membolehkan kami membiayai perniagaan anda walaupun status kredit anda mungkin tidak diterima oleh institusi perbankan atau kewangan lain. Kami hanya mengenakan syarat bahawa pembeli korporat anda mempunyai sejarah melunaskan bayaran yang baik dan mempunyai kemampuan untuk membayar sebelum tempoh invois matang.
Pembiayaan patuh Shariah melalui Inisiatif i-WCPF membolehkan anda memanfaatkan kelayakan kredit pembeli korporat anda yang besar untuk mendapatkan pembiayaan.
2. Tidak memerlukan aliran tunai keluar daripada perniagaan anda
Berbeza dengan pinjaman yang biasa, anda tidak perlu mengeluarkan wang tunai setiap bulan untuk membayar caj pinjaman pada jumlah pokok dan faedah atau perlu menyediakan tunai untuk menangani kos tambahan seperti yuran perundangan yang mahal dan seumpamanya. Sebaliknya, segala faedah pembiayaan i-WCPF akan ditolak daripada dana yang dikeluarkan kepada anda sebagai bayaran awal dan pembayaran utama dilakukan oleh Pembeli secara langsung.
Dengan Pembiayaan patuh Shariah melalui Inisiatif i-WCPF, anda boleh mendapatkan aliran wang tunai dan tidak perlu risau mengenai pembayaran semula kerana mudah dan cekapnya program ini.
3. Pembiayaan yang cekap
Jika dibandingkan dengan pinjaman tanpa cagaran, Pembiayaan patuh Shariah melalui Inisiatif i-WCPF adalah kaedah yang berkesan untuk membiayai perniagaan anda kerana ia hanya memerlukan invois. Pertimbangkan senario berikut:
Senario A: Pinjaman Jangka Panjang | Senario B: Pembiayaan patuh Shariah melalui Inisiatif i-WCPF |
Syarikat A mengambil pinjaman bersih (tanpa cagaran) dengan kadar faedah 8% setahun atau 0.67% sebulan. Syarikat A perlu membayar faedah sebanyak 0.67% setiap bulan untuk sepanjang tahun walaupun mereka tidak menggunakan kemudahan tersebut selama beberapa bulan. | Syarikat B mengambil Pembiayaan patuh Shariah melalui Inisiatif i-WCPF pada ~1% sebulan. Tetapi Syarikat B hanya perlu menggunakan Pembiayaan patuh Shariah melalui Inisiatif i-WCPF untuk 2 invois sahaja pada tahun itu, mereka hanya perlu membayar 1% untuk setiap bulan bergantung pada tempoh invois (misalnya, masing-masing 2 bulan iaitu faedah 2% ditolak daripada invois masing-masing). Syarikat B tidak akan diminta untuk membayar faedah selama 8 bulan ketika kemudahan itu tidak digunakan. Caj faedah pembiayaan invois ini hanya dikenakan semasa ia digunakan dan pembiayaan ini patuh Syariah, mengikut sistem Tawarruq |
4. Lebih murah daripada apa yang anda fikirkan
Jika dibandingkan dengan Overdraf Bank, Pembiayaan Invois sebenarnya lebih murah dan mudah digunakan. Pertimbangkan contoh berikut:
Senario A: Overdraf Bank | Senario B: Pembiayaan patuh Shariah melalui Inisiatif i-WCPF |
Untuk kemudahan Overdraf yang bernilai RM 1,000,000, pihak Bank akan meminta usahawan untuk memberikan jaminan seperti Deposit Tetap sebanyak RM 500,000. Ini bermaksud anda hanya akan meminjam RM 500,000 dan bukan menikut jumlah kemudahan yang asalnya. Walau bagaimanapun, caj pembayaran yang dikenakan adalah berdasarkan jumlah kemudahan yang berjumlah RM 1,000,000. Oleh itu, dalam contoh ini, anda membayar faedah dua kali ganda untuk meminjam RM 500,000. | Dengan Pembiayaan patuh Shariah melalui Inisiatif i-WCPF, anda hanya dikenakan bayaran sebanyak RM 500,000 yang telah anda pinjam dan anda juga tidak perlu membayar caj tersembunyi! Caj faedah pembiayaan invois ini hanya dikenakan mengikut penggunaan semasa anda. |
5. Kembangkan perniagaan anda dengan lebih pantas
Dengan kemudahan akses kepada wang tunai, anda kini mampu membeli lebih banyak bahan mentah dan menerima lebih banyak pesanan daripada pelanggan anda. Lebih-lebih lagi, anda dapat menawarkan syarat pembayaran lebih lama kepada pelanggan besar korporat anda yang merupakan strategi jualan penting dalam masa sukar ini.
Kemudahan akses aliran tunai yang diberikan oleh i-WCPF dapat mempercepatkan perkembangan perniagaan anda bagi fasa pemulihan ini.
6. Pembiayaan Lembaran Imbangan
Pembiayaan patuh Shariah melalui Inisiatif i-WCPF yang berkaitan dengan invois tidak ditafsirkan sebagai pinjaman dan ia tidak akan mempengaruhi nisbah hutang kepada ekuiti anda. Dengan Pembiayaan patuh Shariah melalui Inisiatif i-WCPF, anda boleh mempercepatkan pendapatan wang pendahuluan pada resit berjadual tanpa peminjaman dana. Oleh itu, ia tidak mempengaruhi jumlah angka hutang anda dan memastikan status kredit anda berada dalam keadaan baik – ini boleh bantu memudahkan permohonan kemudahan kredit daripada institusi bank pada masa akan datang.
Kriteria kelayakan untuk memohon Pembiayaan patuh Shariah melalui Inisiatif i-WCPF
Perniagaan anda menyediakan perkhidmatan atau membekalkan barang kepada syarikat swasta dan Agensi Kerajaan Malaysia, termasuk Kementerian, Jabatan, Anak Syarikat Kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan atau ‘GLC’ dengan syarat bayaran terma kredit (transaksi antara perniagaan)Perniagaan anda mempunyai rekod prestasi yang baik dengan pihak Kerajaan atau swasta sepanjang tempoh berurusan
Hubungi kami supaya kami dapat menolong keperluan pembiayaan perniagaan anda.