[email protected]
General Line: +60 15-4600 0942
Investor Line: +60 11-3011 7083
  • English
  • SME Financing
    • Secured Financing
    • Working Capital Financing
    • Invoice Financing
    • Islamic Financing
    • Bumiputera Financing
    • SME Corp RMK13 Programme
    • SME Corp BERKAT Programme
    • SME Referral
  • P2P Investment
    • CapBay P2P
    • CapBay Plus
    • CapBay Assure
    • Secondary Market
    • Refer and Prosper
  • CrediBill
  • Partner
  • Company
    • About Us
    • Career
    • News & Media
    • Blog
    • FAQ
Investor Login
Business Login
  • SME Financing
    • Secured Financing
    • Working Capital Financing
    • Invoice Financing
    • Islamic Financing
    • Bumiputera Financing
    • SME Corp RMK13 Programme
    • SME Corp BERKAT Programme
    • SME Referral
  • P2P Investment
    • CapBay P2P
    • CapBay Plus
    • CapBay Assure
    • Secondary Market
    • Refer and Prosper
  • CrediBill
  • Partner
  • Company
    • About Us
    • Career
    • News & Media
    • Blog
    • FAQ
  • English
  • SME Financing
    • Secured Financing
    • Working Capital Financing
    • Invoice Financing
    • Islamic Financing
    • Bumiputera Financing
    • SME Corp RMK13 Programme
    • SME Corp BERKAT Programme
    • SME Referral
  • P2P Investment
    • CapBay P2P
    • CapBay Plus
    • CapBay Assure
    • Secondary Market
    • Refer and Prosper
  • CrediBill
  • Partner
  • Company
    • About Us
    • Career
    • News & Media
    • Blog
    • FAQ
  • SME Financing
    • Secured Financing
    • Working Capital Financing
    • Invoice Financing
    • Islamic Financing
    • Bumiputera Financing
    • SME Corp RMK13 Programme
    • SME Corp BERKAT Programme
    • SME Referral
  • P2P Investment
    • CapBay P2P
    • CapBay Plus
    • CapBay Assure
    • Secondary Market
    • Refer and Prosper
  • CrediBill
  • Partner
  • Company
    • About Us
    • Career
    • News & Media
    • Blog
    • FAQ
CapBay News/Press

Bay Smart Capital Ventures dan Perbadanan Usahawan Johor Meterai Kerjasama Strategik untuk Memperkasa PKS Johor

Johor Bahru, 25 Oktober 2025 – Bay Smart Capital Ventures Sdn Bhd (CapBay), penyedia pembiayaan rantaian bekalan dan platform Pembiayaan Rakan Setara (P2P) tempatan, serta Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Johor melalui kerjasama data yang dipertingkatkan dan penyelesaian pembiayaan inovatif. Kerjasama ini bertujuan untuk mengukuhkan ekosistem PKS Johor dengan menggabungkan kepakaran berasaskan teknologi CapBay serta rangkaian vendor luas PUJB.

Majlis pertukaran MoU tersebut diadakan sempena Johor Business Summit & Expo 2025 yang berlangsung pada 25 hingga 26 Oktober di Johor Bahru.

Di bawah MoU ini, kedua-dua organisasi akan bekerjasama bagi memperluas akses pembiayaan kepada PKS yang berpangkalan di Johor dan terlibat dalam projek kerajaan serta sektor swasta. Kerjasama ini akan menyalurkan sehingga RM100 juta dalam bentuk pembiayaan bagi menyokong pertumbuhan perniagaan, meningkatkan aliran tunai, serta memperkukuh keterangkuman kewangan di seluruh negeri.

Selain pembiayaan, kerjasama ini turut menyokong agenda ekonomi digital negeri melalui Inisiatif Jejak Digital (Digital Footprint Initiative) yang menggalakkan PKS untuk mengguna pakai sistem digital, proses tanpa kertas, serta amalan keselamatan siber tertinggi. Usaha ini sejajar dengan aspirasi Johor untuk membina ekosistem perniagaan yang lebih berdaya tahan dan berteraskan teknologi.

MoU kerjasama strategik ini telah dipersetujui oleh Ang Xing Xian, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CapBay, serta Tuan Haji Mohamad Radif bin Haji Kosnin, Ketua Pegawai Eksekutif PUJB dan disaksikan oleh beberapa pemimpin tertinggi Kerajaan Negeri Johor seperti Menteri Besar Johor, YAB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, YB Tuan Mohd Hairi Bin Mad Shah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Asman Shah Bin Abd Rahman.

Selaras dengan Maju Johor 2030, pelan hala tuju strategik negeri yang berasaskan enam tonggak — tadbir urus yang baik, pembangunan ekonomi mampan, kesejahteraan sosial, pembangunan infrastruktur, keselamatan awam, dan pemeliharaan alam sekitar — kerjasama ini secara langsung menyokong matlamat Johor untuk membina ekonomi yang inklusif dan berasaskan inovasi. Inisiatif ini juga melengkapi pembangunan utama negeri seperti Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ).

Melangkah ke hadapan, CapBay dan PUJB merancang untuk memperluaskan kerjasama sebagai model rujukan bagi program pembiayaan vendor berfokus industri di seluruh negara, sekali gus menyumbang kepada aspirasi Malaysia untuk menjadi ekonomi digital yang dipacu oleh PKS.

Everything You Need to Know About P2P FinancingPrevEverything You Need to Know About P2P Financing01-11-2025
5 Reasons SMEs Are Turning to P2P Financing11-11-20255 Reasons SMEs Are Turning to P2P FinancingNext
Search
Categories
  • Campaign
  • CapBay News/Press
  • Careers
  • Case studies
  • Finance Guides
  • Industry Insight
  • Islamic Financing
  • P2P Invest
Recent Posts
  • CapBay dan SME Corp. Malaysia Lancar Program Pembiayaan RMK13: Memperkasa PMKS dengan Kadar Tetap 3.5% dan Rebat Sehingga 30%
  • CapBay and SME Corp. Malaysia Launch RMK13 Financing Programmes: Empowering MSMEs with a 3.5% Fixed Rate and Up to 30% Rebates
  • Don’t Click Blindly: Phishing and Malware in Ads
  • Navigating Malaysia’s Business Licensing and Compliance for SMEs
  • Apakah Pembiayaan Patuh Syariah dan Bagaimana Ia Berbeza dengan Pembiayaan Konvensional
Recent Posts
  • CapBay dan SME Corp. Malaysia Lancar Program Pembiayaan RMK13: Memperkasa PMKS dengan Kadar Tetap 3.5% dan Rebat Sehingga 30%
  • CapBay and SME Corp. Malaysia Launch RMK13 Financing Programmes: Empowering MSMEs with a 3.5% Fixed Rate and Up to 30% Rebates
  • Don’t Click Blindly: Phishing and Malware in Ads
  • Navigating Malaysia’s Business Licensing and Compliance for SMEs
  • Apakah Pembiayaan Patuh Syariah dan Bagaimana Ia Berbeza dengan Pembiayaan Konvensional
CapBay (registered with Securities Commission Malaysia) is building the financing infrastructure of tomorrow, working with great clients and continued technological development in supply chain finance. Interested to join our team? We'd love to hear from you.
Should there be any inconsistencies or conflict between the English version and Chinese (Mandarin) version of this website, the English version shall prevail.
Terms of use | Privacy Notice | General Risk Statement
Contacts
Address: Unit 13A01, Level 13A, Tropicana Gardens Office Tower, No. 2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Email: [email protected]
General Line: +6015-4600 0942
CapBay Islamic: +6011-1700 0385
Investment: +6011-3011 7083
Newsletter

Copyright © 2026 Bay Supply Chain Technology Sdn Bhd 201701028340 (1242506-P) & Bay Smart Capital Ventures Sdn Bhd 201801018276 (1280292-W), subsidiaries of Bay Group Holdings Sdn Bhd 201601018609(1189545-D). All Rights Reserved.

WhatsApp us