Program Islamic-Working Capital Project Financing (i-WCPF) bertujuan menyediakan akses pantas dan mudah kepada pembiayaan patuh shariah bagi syarikat Bumiputera yang terdiri daripada syarikat Permulaan kepada Sederhana melalui inisiatif platform pembiayaan digital. Program ini menekankan pembiayaan kewangan melalui pra dan pasca invois, yang membolehkan syarikat memanfaatkan invois tertunggak mereka untuk mengakses dana bagi mengembangkan perniagaan dan keperluan operasi melalui pembiayaan modal kerja.
i-WCPF diwujudkan berdasarkan sistem pembiayaan patuh Syariah yang menggunakan konsep Tawarruq untuk menyokong syarikat Bumiputera yang menghadapi cabaran aliran tunai. Inisiatif ini membolehkan kontraktor dan penyedia perkhidmatan menerima bayaran pendahuluan untuk kerja yang telah siap dalam tempoh masa yang lebih singkat.
Ini akan dapat memacu kepada peningkatan dan pengembangan syarikat Bumiputera melalui sokongan komprehensif, inisiatif strategik, dan intervensi yang disasarkan. Pengalaman dan rangkaian TERAJU yang luas akan memainkan peranan penting dalam mengenal pasti syarikat berpotensi tinggi dan menyediakan mereka melalui bantuan yang diperlukan untuk meningkatkan operasi mereka ke tahap seterusnya dan berdaya saing.