Notis Privasi

1. Pengenalan

1.1 CapBay menghargai privasi anda dan komited untuk melindungi data peribadi anda. Notis Privasi ini menerangkan bagaimana CapBay mengumpul, mengendali dan menggunakan data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

1.2 Dengan melayari, mengakses dan/atau menggunakan laman web ini, platform P2P CapBay dan/atau platform pembiayaan rantaian bekalan pelbagai bank (“Platform”), anda dengan ini mengakui, mengesahkan dan memberi keizinan kepada CapBay untuk mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, memproses dan/atau mendedahkan data peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Notis
Privasi ini.

1.3 Sekiranya anda tidak mengizinkan pemprosesan data peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi ini dan/atau enggan memberikan data peribadi yang diperlukan untuk melayari, mengakses dan/atau menggunakan laman web ini dan/atau Platform CapBay, sila jangan melayari, mengakses atau menggunakan laman web ini dan/atau Platform CapBay. CapBay berhak untuk menolak akses anda terhadap laman web ini dan/atau Platform CapBay.

1.4 Notis ini dikeluarkan oleh Bay Group Holdings Sdn. Bhd. (No. Syarikat: 1189545-D) dan anak-anak syarikatnya iaitu Bay Commercial Services Sdn. Bhd., Bay Supply Chain Technology Sdn. Bhd., Bay Smart Capital Ventures Sdn. Bhd., Kenanga Capital Islamic Sdn. Bhd., atau mana-mana subsidiary atau syarikat bersekutu lain sebagaimana ditakrifkan di bawah Akta Syarikat 2016 (secara kolektif, “CapBay”), sebagai penguna data menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”). Bagi tujuan Notis ini, istilah “data peribadi”, “subjek data”, “pengguna data” dan “pemproses data” hendaklah mempunyai maksud seperti yang ditakrifkan dalam
PDPA.

2. Pengumpulan Data Peribadi

2.1. Sepanjang menjalankan aktiviti kami, kami mungkin mengumpul, merekod, memegang, menyimpan dan/atau memproses data peribadi mengenai pengguna platform kami, pelanggan, pembekal dan pihak ketiga lain dalam apa jua medium sama ada secara elektronik atau sebaliknya, bagi tujuan Perjanjian Platform dan perjanjian pembiayaan, Terma Perkhidmatan, transaksi serta apa-apa tujuan lain yang dibenarkan di sisi undang-undang dan PDPA. Kami mengiktiraf bahawa pengendalian data ini secara betul dan sah akan kekal sulit dalam organisasi.

2.2 Data peribadi termasuk nama, alamat, salinan dan butiran dokumen pengenalan, maklumat hubungan, sejarah pekerjaan, semakan kredit dan rujukan, status perkahwinan, perlakuan atau dakwaan perlakuan kesalahan, data di Platform, aktiviti Platform, aktiviti pembiayaan, kedudukan kewangan di Platform, maklumat kewangan peribadi, kewangan korporat dan butiran keselamatan sosial yang
diberikan kepada kami dari masa ke semasa.

2.3 Kami mungkin mengumpul maklumat anda daripada sumber lain termasuk tetapi tidak terhad kepada semakan latar belakang pihak ketiga, mana-mana agensi pelaporan kredit berdaftar, mana-mana pihak berkuasa kawal selia dan mana-mana pihak berkuasa, depositori pusat atau ejen depositori. Pemproses data termasuk mana-mana individu atau organisasi yang bukan pengguna data yang memproses data peribadi bagi pihak kami dan/atau berdasarkan arahan kami.

3. Tujuan Pengumpulan dan Penggunaan Data Peribadi

3.1 Kami mungkin mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, memproses dan/atau mendedahkan data peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut:

(a) segala urusan berkaitan kontrak yang telah atau akan dimeterai antara anda dan kami;
(b) untuk memproses sebarang permohonan untuk menjadi pengguna Platform CapBay;
(c) untuk menentukan kelayakan invois untuk disenaraikan di Platform CapBay;
(d) untuk memudahkan transaksi pembiayaan rantaian bekalan;
(e) untuk menentukan tahap kelayakan kredit pengguna Platform CapBay;
(f) untuk melaksanakan kontrak dengan pihak-pihak ketiga;
(g) untuk memantau pematuhan terhadap perjanjian di Platform termasuk tetapi tidak terhad kepada Perjanjian Platform, Terma Perkhidmatan, perjanjian pembiayaan dan/atau peraturan serta polisi kami berhubung dengan penggunaan
Platform CapBay dan mana-mana undang-undang yang terpakai lain;
(h) memenuhi keperluan pematuhan dan pendedahan mana-mana dan semua jabatan, agensi, badan kawal selia dan/atau badan berkanun kerajaan dan/atau separa kerajaan;
(i) untuk mematuhi sebarang kewajipan undang-undang yang mengikat kami di bawah mana-mana undang-undang, kaedah, peraturan, undang-undang kecil, perintah, garis panduan, arahan, polisi dan keperluan lain yang berkuat kuasa dan dipinda dari semasa ke semasa;(j) untuk menguatkuasakan hak kami di bawah Perjanjian Platform dan perjanjian pembiayaan dan/atau peraturan serta polisi kami berhubung dengan penggunaan Platform CapBay atau mana- mana undang-undang yang terpakai lain bagi mempertahankan hak-hak kami;
(k) bagi tujuan penyimpanan rekod dalam urusan biasa perniagaan kami; dan
(l) apa-apa tujuan lain yang berkaitan dengan transaksi di Platform CapBay.

3.2 Khusus bagi pengguna Platform atau Peserta (seperti ditakrifkan dalam Perjanjian Platform) yang mendaftar menggunakan kod rujukan pengenalan atau yang diperkenalkan oleh pengenal atau rakan kongsi CapBay, pengguna memberi keizinan bahawa data mereka di Platform boleh digunakan, diproses, dikongsi dan didedahkan kepada rakan kongsi tersebut bagi apa-apa tujuan menurut pelaksanaan
perjanjian antara CapBay dan rakan kongsi tersebut.

4. Pendedahan Data Peribadi

4.1 Data peribadi yang kami pegang berkaitan pengguna platform, pelanggan, pembekal dan pihak ketiga lain akan kekal sulit dan kami mungkin membekalkan maklumat tersebut kepada pihak ketiga berikut bagi tujuan yang dinyatakan dalam Klausa 3:

(a) mana-mana ejen, rakan kongsi, kontraktor, penyedia perkhidmatan, penasihat profesional atau pihak ketiga yang memberikan perkhidmatan kepada kami;
(b) Syarikat-syarikat gabungan dan syarikat-syarikat bersekutu kami;
(c) mana-mana pihak yang kepadanya kami diwajibkan membuat pendedahan di bawah undang-undang, kaedah, peraturan, garis panduan, arahan atau polisi; mana-mana mahkamah dan/atau pegawai mahkamah; juruaudit kami;
(d) mana-mana biro kredit, agensi-agensi pelaporan kredit, agensi-agensi penarafan dan penyedia perkhidmatan pangkalan data usaha wajar pihak ketiga;
(e) penasihat undang-undang dan profesional pematuhan kami;
(f) institusi kewangan rakan kongsi di Platform, pembiaya lain dan penyedia perkhidmatan kewangan, atau entiti-entiti yang berada di Platform kami sebagai “funders” atau yang menjalankan transaksi di Platform; dan
(g) penyedia-penyedia perkhidmatan dan vendor-vendor kami.

5. Ketepatan Data Peribadi Anda

5.1 Anda bertanggungjawab memastikan data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan serta sentiasa dikemas kini. Anda hendaklah dengan segera memaklumkan kami sekiranya data tersebut tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini dan hendaklah memberikan data yang benar, tepat, lengkap dan terkini. Jika anda memberikan kami data peribadi atau maklumat mengenai individu lain, anda mengesahkan bahawa beliau telah melantik anda untuk bertindak bagi pihaknya, memberi persetujuan terhadap pemprosesan data peribadinya dan menerima sebarang notis perlindungan data bagi pihaknya.

5.2 Pengguna platform, peserta, pembeli, pelanggan, pembekal dan pihak ketiga lain, sama ada dahulu, semasa atau bakal, hendaklah mengambil maklum bahawa kegagalan untuk membekalkan data berkaitan kepada kami boleh menjejaskan keupayaan kami melaksanakan kewajipan kami kepada pihak berkaitan dan/atau menjejaskan keupayaan mereka menikmati manfaat masing-masing daripada kami.

5.3 Kami akan menyimpan sebarang data peribadi yang dibekalkan oleh anda selama mana yang diperlukan bagi memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini atau sebagaimana yang diperlukan untuk memenuhi keperluan undang-undang, kawal selia dan/atau perakaunan. Keahlian berterusan anda di Platform CapBay dianggap sebagai memberi keizinan bagi kami mengumpul,
merekod, memegang, menyimpan dan/atau memproses data peribadi tersebut.

6. Hak Anda

6.1 Anda boleh memohon akses kepada dan pembetulan data peribadi anda, memohon untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda, dan/atau membuat sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda dengan menghubungi kami di alamat pejabat kami, buat masa ini di:

Unit 13A01, Tingkat 13A, Tropicana Gardens Office Tower,
No.2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Atau melalui e-mel di [email protected]

7. Perubahan Kepada Notis Privasi

7.1 Kami berhak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda Notis ini pada bila-bila masa tanpa notis awal dan akan memastikan notis mengenai pindaan tersebut tersedia kepada anda melalui Platform CapBay dan/atau melalui apa-apa cara atau kaedah lain yang kami anggap wajar dan sesuai.

Penafian
Ketepatan dan kelengkapan data peribadi anda adalah bergantung kepada maklumat yang anda berikan. Kami menganggap maklumat yang anda berikan adalah tepat, terkini dan lengkap melainkan jika anda memaklumkan kepada kami
sebaliknya. Sekiranya anda memberikan kepada kami maklumat pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat majikan, rakan sekerja atau ahli keluarga, adalah menjadi anggapan kami bahawa maklumat tersebut adalah tepat, terkini dan lengkap serta anda telah memperoleh keizinan yang diperlukan untuk mendedahkan maklumat tersebut.

Percanggahan
Sekiranya berlaku sebarang percanggahan atau ketidakselarasan antara versi-versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Notis ini, versi Bahasa Inggeris hendaklah mengatasi.