Bantuan Kesukaran Kewangan

Menghadapi saat sukar? Mari kita selesaikan bersama.

Menguruskan perniagaan ada pasang surutnya, dan kadangkala ada perkara yang di luar kawalan. Sekiranya timbul keadaan yang menyukarkan anda untuk membuat bayaran balik tepat pada masanya, hubungi kami seawal mungkin. Kami sedia meneliti situasi anda bersama-sama dan mencari penyelesaian terbaik untuk masa hadapan.

Perniagaan yang menggunakan CrediBill dan terjejas akibat: 

  • Penyakit kritikal atau kecederaan, atau kehilangan pendapatan secara luar jangka yang menjejaskan pengarah, pemilik perniagaan, rakan kongsi, atau penjamin 
  • Bencana alam yang memberi kesan kepada perniagaan 
  • Kematian ketua keluarga / pencari nafkah utama (pengarah, pemilik perniagaan, rakan kongsi, atau penjamin) 
  • Keadaan-keadaan lain yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP)
  • Dokumen sokongan berkaitan situasi anda, seperti laporan perubatan atau sijil kematian 
  • Penyata bank perniagaan anda bagi tempoh tiga bulan terkini

Langkah seterusnya

  1. Kami akan menghantar emel untuk mengesahkan penerimaan permohonan anda. 
  2. Kami akan memaklumkan keputusan permohonan secara bertulis. 
  3. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan keputusan kami, anda berhak untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh 7 hari.

Perlukan bantuan lain?

Kami sedia membantu di [email protected] dari jam 10 pagi hingga 7 malam pada hari bekerja. 

Bayaran Segera dan Terma Pembayaran Fleksibel

Alamat: Unit 13A01, Level 13A, Tropicana Gardens Office Tower, No. 2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Nombor Telefon: +6018 2826 558